Berita: Pembersihan Landskap Kawasan Lapang Di Jalan Tar, Kota Kinabalu
Usaha pembersihan kawasan lapang dan landskap bandar raya diteruskan oleh kakitangan Unit Penyelenggaraan Tanaman di bawah Jabatan Landskap, DBKK.
Tindakan pembersihan kali ini dibuat selama dua (2) hari di Jalan Tar, iaitu kawasan bersebelahan Masjid Negeri oleh 10 orang kakitangan Jabatan Landskap yang telah melakukan kerja-kerja penebangan pokok liar seperti spesis Macaranga Sp, Ficus Sp dan Vitex Sp.
Tumbuhan menjalar dan rumput rumpai turut dibersihkan di kawasan tersebut bagi memastikan persekitaran landskap awam sentiasa bersih, kemas, selamat dan tidak dipenuhi semak samun.
Peragaan, kekemasan dan kecantikan landskap bandar raya merupakan aspek terpenting yang menjana elemen hijau dan elemen keindahan Kota Kinabalu. Terima kasih diucapkan kepada pasukan Jabatan Landskap DBKK.



