Skip to main content

Berita: OPS BERSIH DI JALAN GAYA DAN KAMPUNG AIR

  • -

    18 Januari 2026 - Unit Kawal Selia, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK telah menjalankan *Ops Bersih* di sekitar kawasan Jalan GayaImage removed. dan Kampung AirImage removed., semasa ops tersebut, 14 orang pesalah telah dikenakan kompaun.

    Ops Bersih merupakan operasi penguatkuasaan Undang-Undang Kecil (UUK) Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005 yang dijalankan setiap hari bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan menjaga kebersihan bandaraya dan juga memberi pengajaran kepada individu-individu yang mengotorkan persekitaran bandaraya.

    Sasaran operasi ini adalah kepada individu atau syarikat yang mengotorkan atau membuang sampah di tempat awam dan kesalahan yang selalu ditemui seperti membuang puntungan rokok, tisu, botol minuman dan bekas makanan.

    Di bawah punca kuasa Undang-Undang Kecil (UUK) Bandaraya Kota Kinabalu (Anti Sampah Sarap) 1984 Pindaan 2005, pesalah akan diberi pilihan sama ada membayar kompaun serta merta ‘Compound On The Spot’ (COS) tidak kurang dari RM30 dan tidak lebih dari RM500 mengikut jenis dan jumlah sampah yang dibuang atau hadir di mahkamah ‘Summon On The Spot’ (SOS).

    Jika pesalah disabit kesalahan, pesalah boleh didenda tidak melebihi RM10,000 atau penjara tidak lebih 3 tahun atau dihukum Perintah Kehadiran Wajib (PKW) dengan melakukan kerja-kerja masyarakat 4 jam sehari dalam tempoh tidak lebih 3 bulan.

    Ops Bersih merupakan operasi yang akan dilaksanakan secara berterusan bagi memastikan masyarakat sentiasa peka dan mengambil berat dalam menjaga kebersihan persekitaran bandaraya Kota Kinabalu. Oleh itu, orang awam adalah diingatkan untuk sama-sama menjaga kebersihan persekitaran bandaraya Kota Kinabalu dengan tidak membuang sampah atau mengotorkan persekitaran bandaraya.

    #kkbersihdanhijau #MyCityMyResponsibility #dewanbandarayakotakinabalu #antikutusampah #nomorebegplastik #hariharibawabegbah