Skip to main content

Berita: KK SMART CITY FRIENDS HACKATHON 2026: “INOVASI KOMUNITI KE ARAH BANDAR PINTAR DAN INKLUSIF”

  • -

    8 JULAI 2026: Seiring usaha menggalakkan inovasi komuniti berasaskan teknologi pintar, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah menganjurkan KK Smart CIty Friends Hackathon 2026: “Inovasi Komuniti Ke Arah Bandar Pintar dan Inklusif”, bertempat di Hilton Hotel, pada 4 dan 5 Julai 2026.

    Program yang dianjurkan bersempena dengan sambutan Ulang Tahun Ke-26 Bandaraya Kota Kinabalu ini bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi rentas sektor dengan menghubungkan pihak berkuasa tempatan, akademik, swasta dan masyarakat dalam mencari penyelesaian bersama terhadap isu bandar.

    Majlis penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

    Dalam teks ucapannya, Dato’ Sri Mayor berkata, DBKK telah menyediakan Geran Inovasi Mayor bernilai RM20,000 bagi menyokong pembangunan prototaip dan pelaksanaan projek perintis yang berpotensi memberi impak sosial, ekonomi dan kelestarian persekitaran yang jelas.

    Tambah beliau, pengalaman yang diperoleh sepanjang Hackathon diharap bukan sahaja meningkatkan kapasiti digital dan daya inovasi peserta, malah membentuk keyakinan diri, kemahiran kepimpinan, komunikasi berkesan serta semangat kerjasama.

    Hadir sama dalam majlis ini ialah YBrs. Technologist Effendi Hadis, Pengarah merangkap Ketua Pegawai Teknologi, Universiti Malaysia Sabah (UMS); Encik Muddin bin Beting, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah; Encik Josliw bin Matjumping, Perunding Latihan Kanan, INTAN Sabah serta Ketua-ketua Jabatan, DBKK.

    Seramai 150 ahli Smart City Friends mewakili 50 kumpulan telah mengambil bahagian dalam program yang terdiri daripada golongan belia, komuniti tempatan, inovator, wakil agensi kerajaan serta pemenang-pemenang Cabaran Kampungku Bersih.

    Sepanjang program ini, pelbagai pengsian menarik dan berimpak tinggi telah berlangsung. Antaranya ialah Sesi Perkongsian Inspirasi, Bengkel serta Sprint Development Session yang bertujuan memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan pembangunan idea para peserta sebelum bermulanya Pitching Session. Berikut adalah senarai penuh pemenang KK Smart City Friends Hackathon 2026:

    GERAN INOVASI MAYOR
    KAMSATU
    E-WAZE: Smart Community Solid Waste Management & Environmental Engagement Platform

    ANUGERAH KHAS

    Idea Paling Kreatif:
    ALT + 4
    Penasihat (AI Companion App For Pwds)

    Idea Paling Inklusif:
    Legal Innovative Group
    Smart Lola & Health-Hub Komuniti

    Penyelesaian Komuniti Terbaik:
    Juicy Tech
    Sport It Sabah

    Pitching Terbaik:
    AV
    Aplikasi Aiso Parking

    Idea Lestari:
    Bosco Ecosmart Innovators
    MOSFREE

    Teknologi Terbaik:
    E Dagang Polycc
    Parkwise AI

    KATEGORI KOMUNITI/NGO/DBKK

    KAMSATU
    E-WAZE: Smart Community Solid Waste Management & Environmental Engagement Platform
    Legal Innovative Group
    Smart Lola & Health-Hub Komuniti
    HIJAU KITA
    KK Smart Explorer: Ai & Smart City

    KATEGORI PELAJAR (SEKOLAH & UNIVERSITI)
    ALT + 4
    Penasihat (AI Companion App For Pwds)
    Juicy Tech
    Sport It Sabah
    JORSON
    Reportbah

    KATEGORI PROFESIONAL/TERBUKA/GLC

    E Dagang Polycc
    Parkwise AI
    UPPSI Chatbot
    Evaluating User Perceptions of a Website-Intergrated AI Chatbot in Supporting Psychological Services at Politeknik Kota Kinabalu
    Kita Bina
    Kita Move

    Penganjuran KK Smart City Friends Hackathon 2026 diharapkan menjadi pemangkin kepada penghasilan idea-idea inovatif yang mampu diterjemahkan kepada penyelesaian dan tindakan berimpak tinggi demi manfaat masyarakat di Bandaraya Kota Kinabalu.

    Tahniah kepada semua peserta!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK