Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT KEMENTERIAN PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN KOS SARA HIDUP NEGERI SABAH & BANK MUAMALAT MALAYSIA BERHAD CAWANGAN KOTA KINABALU

  • 27 OGOS 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Negeri Sabah yang diketuai oleh Tuan Sam bin Aminuddin, Ketua Sektor Operasi KPDN bersama sembilan (9) anggota KPDN, pada 19 Ogos 2026.

    Rombongan telah disambut oleh Tuan Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pelesenan, DBKK bersama pegawai-pegawai kanan Jabatan Pelesenan. Kunjungan ini bertujuan sebagai sesi suai kenal serta memperkukuh hubungan dan kerjasama antara KPDN dan DBKK, khususnya dalam aspek penguatkuasaan dan pematuhan.

    Antara perkara yang dibincangkan adalah memastikan lesen perniagaan yang sah dan terkini, alat timbang yang disahkan, tanda harga yang jelas dan seragam serta penggunaan transaksi tanpa tunai dalam kalangan peniaga.

    Dalam pada itu, Jabatan Pelesenan, DBKK turut menerima kunjungan hormat daripada Bank Muamalat Malaysia Berhad Cawangan Kota Kinabalu, pada 18 Ogos 2026.

    Rombongan Bank Muamalat diketuai oleh Puan Judy Stephen dan turut disertai Mohd Suffian Datuk Haji Semion, State Business Manager serta Puan Eve Johnius, Retail Deposit Specialist.

    Kunjungan hormat ini membuka ruang kepada perbincangan mengenai potensi jalinan kerjasama strategik, khususnya dalam pelaksanaan program yang melibatkan komuniti penjaja dan peniaga.

    Pertemuan ini mencerminkan komitmen berterusan DBKK dalam memperkukuh jaringan kerjasama, khususnya dalam memastikan pembangunan komuniti penjaja dan peniaga di sekitar Kota Kinabalu terus diperkasa.

    Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKK
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK