Skip to main content

Berita: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia, DBKK, Komited Perkukuh Jalinan Kerjasama

  • 16 JULAI 2024: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Malaysia, pada 15 Julai 2024.

    Ketibaan rombongan yang diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abu Tariq Jamaluddin, Ketua Pengarah HASiL Dalam Negeri telah disambut oleh YBhg. Dato Sri Dr. Haji Sabin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama kumpulan Pengurusan Tinggi DBKK.

    Menerusi kunjungan ini, kedua-dua pihak telah menyatakan hasrat untuk memperkukuh hubungan kerjasama, khasnya dalam pengurusan dan penguatkuasaan undang-undang cukai dan perbandaran, serta pengalaman dalam penggunaan Sistem Geo Location dan Geo Hasil.

    Turut diutarakan dalam sesi perbincangan adalah cadangan pelaksanaan Sijil Pematuhan Cukai (TCC) bagi perolehan di DBKK yang bertujuan untuk memantapkan kadar pematuhan cukai oleh kumpulan kontraktor dan vendor. Menerusi inisiatif ini, kecekapan dan integriti dalam pentadbiran cukai dan perbandaran mampu diperkukuhkan.

    DBKK turut berbesar hati menerima kehadiran pegawai-pegawai kanan LHDNM yang telah turut serta dalam lawatan kerja ini, antaranya Encik Azrul Hisham Shamsudin, Pengarah HASiL Sabah; Encik Ahmad Khairuddin Abdullah, Pengarah Jabatan Siasatan; Encik Ahmad Sauqi Ishak, Pengarah Bahagian, Jabatan Teknologi Maklumat; Encik Shamrol Azly Azmi, Pengarah Bahagian, Jabatan Perisikan dan Profiling; Encik Abdul Latif Madong, Pengarah Seksyen, LDN Sabah; dan Encik Saidul Sahri Alkamal, Pengarah Seksyen, Jabatan Perisikan dan Profiling; Encik Madzan Laudin, Penolong Pengarah LHDN Sabah; Encik Mohd. Zarul Akmal Mohd. Salim, Penolong Pengarah Jabatan Perisikan dan Profiling serta Encik Farouk Nazli Khan Kumar, Pejabat CEO.

    Terima kasih diucapkan kepada rombongan daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (HASiL) Malaysia yang sudi datang berkunjung. Semoga lawatan ini mengeratkan lagi ikatan persahabatan di antara LHDNM dan DBKK.