Acara: 25TH SILVER JUBILEE CITY RIDE
AYUH WARGA BANDARAYA KOTA KINABALU JANGAN KETINGGALAN SERTAI PROGRAM 25TH SILVER JUBILEE CITY RIDE!
Jangan ketinggalan mendapatkan promosi Early Bird yang akan berakhir esok, 05 Januari 2025 (Ahad).
Sertai kami dalam meneroka keindahan Bandaraya Kota Kinabalu menerusi program 25th Silver Jubilee City Ride bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu, yang akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu, pada 22 Februari 2025.
Program berbasikal anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Kelab Borneo Angels PUSPANITA Cawangan Bandaraya Kota Kinabalu ini melibatkan laluan berbasikal sejauh 25KM, merentasi lokasi-lokasi menarik sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Untuk membuat pendaftaran atau mendapatkan maklumat lanjut, individu yang berminat bolehlah mengimbas kod QR yang tertera atau layari Facebook Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Gagak Hitam DCT. Jom daftar sekarang!
#25thKKCityCelebration
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPeranginanSemulajadi
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



