Skip to main content

Berita: MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU TINJAU KETERATURAN, KEBERSIHAN DI SEKITAR ANJUNG SENJA

  • -

    7 JULAI 2026: YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah membuat tinjauan di sekitar Anjung Senja bagi meneliti aspek kebersihan, keteraturan dan penyelenggaraan kemudahan awam, pagi tadi.

    Hadir sama dalam tinjauan ini ialah Ketua-ketua Jabatan serta pegawai-pegawai, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    Menerusi tinjauan ini, Dato’ Sri Mayor meneliti tahap penyelenggaraan tandas awam, kawasan gerai makanan serta kebersihan persekitaran Anjung Senja bagi memastikan kemudahan yang disediakan berada dalam keadaan baik, selamat dan selesa untuk kegunaan orang ramai.

    Beliau turut melawat surau Anjung Senja bagi melihat sendiri kemudahan yang telah dinaik taraf hasil kerjasama dengan pihak SEDAFIAT.

    Foto: Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK