Skip to main content

Berita: SABAH ENERGY CORPORATION SDN. BHD., SMKA KIMANIS SERTAI PROGRAM PENDIDIKAN BOTANI DAN ALAM SEKITAR - PAKEJ FLORAVENTURE DI TAMAN TUN FUAD STEPHENS SABAH

  • -

    24 JULAI 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan daripada Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. dengan kerjasama Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Kimanis bagi menyertai Program Pendidikan Botani dan Alam Sekitar - Pakej Floraventure pada 15 Julai 2026.

    Rombongan seramai 46 orang peserta ini terdiri daripada kakitangan Sabah Energy Corporation Sdn. Bhd. Dan pelajar serta guru pengiring SMKA Kimanis. Sepanjang program, para peserta berpeluang untuk mendengar perkongsian sambil meneroka Ginger Walk bagi mengenali spesis-spesis halia sebelum diteruskan dengan aktiviti Mini Terrarium.

    Pendekatan pembelajaran secara pengalaman (experiential learning) ini memberi peluang kepada peserta untuk mempelajari ilmu botani dan alam sekitar secara lebih dekat, di samping memupuk sikap menghargai serta memelihara khazanah alam semula jadi.

    Sekiranya terdapat agensi kerajaan, swasta, organisasi, institusi pengajian tinggi dan sekolah yang berminat untuk mengikuti Pakej Pendidikan Botani & Alam Sekitar yang ditawarkan, sila hubungi Encik Jickron Jolidi (012-8366750) untuk pertanyaan lanjut.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari
    #PendidikanBotanidanAlamSekitar

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK