Skip to main content

Berita: OPERASI PEROBOHAN STRUKTUR SETINGGAN HARAM DI ATAS TANAH MILIK DBKK

  • -

    24 JULAI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah melaksanakan operasi perobohan struktur setinggan di atas tanah milik DBKK, pada 20 Julai 2026.

    Bertindak melalui Bahagian Pencerobohan dan Struktur Haram, Jabatan Penguatkuasaan, DBKK, sebanyak 40 keping Notis Pengosongan, Pengalihan dan Perobohan telah diserahkan kepada penghuni struktur setinggan di kawasan berkenaan pada 11 Julai 2026.

    Menerusi operasi bersepadu yang dijalankan pada 20 Julai, kesemua 40 buah struktur setinggan haram yang dikenal pasti telah berjaya dirobohkan. Operasi ini turut mendapat kerjasama daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Air Negeri Sabah dan Sabah Electricity.

    DBKK tidak akan berkompromi terhadap sebarang bentuk pencerobohan tanah kerajaan dan pembinaan struktur haram. Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dilaksanakan dari masa ke masa bagi memastikan kawasan yang telah dibersihkan kekal bebas daripada penempatan setinggan haram.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penguatkuasaan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK