Berita: Pusat Kitar Semula Beroperasi Tanpa Lesen, DBKK Ambil Tindakan Kompaun RM500
Jabatan Pelesenan DBKK telah mengambil tindakan kompaun bernilai RM500 ke atas sebuah kilang di Kota Kinabalu, yang menjalankan operasi kitar semula tanpa lesen yang sah.
Tindakan tersebut merupakan satu (1) kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Kota Kinabalu Municipal Council (Dealing In Scrap By-Laws) 1966.
Bertindak ke atas laporan awam, Jabatan Pelesenan bersama Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya (JKPB) DBKK telah serta-merta membuat pemeriksaan secara bersepadu dan mengambil tindakan sewajarnya ke atas operator pusat kitar semula itu.
Terima kasih diucapkan di atas keprihatinan masyarakat awam. Semua kumpulan peniaga mahupun pemilik syarikat perniagaan adalah dinasihatkan untuk memastikan pengoperasian perniagaan dijalankan mengikut peraturan dan undang-undang yang berkuat kuasa.



