Acara: PERTANDINGAN CATUR DBKK
Kepada para penggemar permainan catur, sertai Pertandingan Catur DBKK yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, di Dewan Masyarakat Manggatal, pada 22 Februari depan!
Para peserta bakal berentap dalam tiga (3) kategori utama yang dipertandingkan, iaitu Kategori Terbuka, Kategori U18, U15 dan U12 serta Kategori U9, dengan pelbagai tawaran hadiah menarik menanti pemenang.
Penyertaan adalah terhad kepada 250 peserta terawal iaitu 100 peserta bagi Kategori Terbuka dan 150 peserta bagi Kategori Junior. Imbas Kod QR yang tertera untuk maklumat lanjut, syarat pertandingan dan borang penyertaan.
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 21 Februari ini.
Untuk maklumat lanjut, urus setia penganjur boleh dihubungi melalui talian 019-5375924 (Aderen Yagang) atau 014-5687502 (Ahmad Asyrawi).
Daftar sekarang dan jangan lepaskan peluang untuk serlahkan bakat anda!
#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA DBKK



