Acara: PROGRAM UPCYCLE@RECOLOGY
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan Program Upcycle@Recology bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, di pekarangan Bangunan DBKK, pada 13 April 2025 (Ahad).
Penganjuran program melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP), DBKK ini bertujuan untuk mempergiatkan usaha DBKK dalam menggalakkan dan memberi kesedaran kepada orang ramai berkaitan kepentingan kitar semula bagi penjagaan alam sekitar.
Pelbagai acara menarik diadakan bersempena dengan program ini, antaranya ialah Pertandingan Fotografi, Pertandingan Mewarna Kanak-Kanak, Pertandingan Upcycle Hunt, Workshop Menjahit 'Plastik ke Tekstil', KK City Cleanup dan Workshop Upcycle.
Warga Bandaraya Kota Kinabalu turut dijemput untuk sama-sama memeriahkan suasana sekitar program, yang turut membawakan Upcycle Market dan reruai pameran.
Ayuh, sama-sama kita meriahkan Program Upcycle@Recology yang akan berlangsung esok!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari



