Berita: REGU PUTERA JUARAI KEJOHANAN TERBUKA SEPAK TAKRAW PIALA MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU 2026
20 APRIL 2026: Aksi penuh tenaga dan semangat juang yang tinggi menjadi kunci kemenangan regu PUTERA apabila dinobatkan sebagai juara dalam Kejohanan Terbuka Sepak Takraw Piala Mayor Bandaraya Kota Kinabalu 2026, sekali gus mempertahankan kejuaraan bagi dua tahun berturut-turut.
Majlis perasmian dan penutupan kejohanan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Karim bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK merangkap Pengerusi kejohanan mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Simbolik perasmian menyaksikan YBrs. Tuan Karim membuat sepakan bola ke dalam gelanggang.
Regu PUTERA dibarisi oleh Encik Zulhelmi bin Zakaria, Encik Sahfandy bin Ramlee, Mohammad Izwan bin Zukri, Mohd. Nizam bin Zainal dan Mohd. Norizam bin Zainal.
Kejohanan yang berlangsung pada 17 hingga 19 April 2026 di Dewan MAKSAK, Kota Kinabalu menyaksikan pertarungan sengit daripada 21 regu terbaik dari sekitar Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan bagi merebut gelaran juara. Berikut adalah keputusan penuh kejohanan:
Johan : PUTERA
Naib Johan : DYNAMIC
Ketiga Bersama : OSTC B & KLTCPemenang Johan, Naib Johan dan Ketiga Bersama masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM5,000, RM3,000 dan RM2,000. Tahniah kepada semua peserta!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



