Skip to main content

Berita: OPERASI KETERATURAN PENJAJA API-API NIGHT FOOD MARKET, GAYA STREET

  • -

    3 JULAI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah melaksanakan Operasi Keteraturan Penjaja di Api-Api Night Food Market, Gaya Street pada 27 Jun 2026.

    Operasi yang bermula pada jam 7 malam ini melibatkan penyertaan seramai tujuh (7) anggota daripada Bahagian Lesen Penjaja dan Bahagian Penguatkuasa Lesen, Jabatan Pelesenan, DBKK.

    Hasil pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 12 kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-Undang Kecil (UUK) 1966 (Pindaan 2008), UUK 5(12) Kesalahan Lesen, atas kesalahan tidak mematuhi syarat-syarat pelesenan yang ditetapkan.

    DBKK akan terus menjalankan pemantauan dan pemeriksaan secara berkala bagi memastikan semua penjaja mematuhi syarat pelesenan serta peraturan yang berkuat kuasa. Tindakan penguatkuasaan yang lebih tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang masih gagal mematuhi syarat yang ditetapkan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK