Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA KUNJUNGAN HORMAT LEMBAGA PERINDUSTRIAN KAYU MALAYSIA (MTIB)
22 JANUARI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menerima kunjungan hormat daripada Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) Kuala Lumpur yang disantuni oleh YBhg. Datuk Sr Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK, hari ini.
Manakala, delegasi MTIB diketuai oleh YBrs. Ts. Ramli Mohamad Khanafiah, Timbalan Pengarah Bahagian Pelesenan & Inspektorat bersama Ketua Pejabat MTIB Wilayah Sabah, Puan Salbiah binti Abd Lahap dan pegawai-pegawai kanan MTIB.
Kunjungan julung-julung kali ini sebagai tanda untuk mengeratkan hubungan di antara agensi selain menjadi platform untuk memperkenalkan fungsi dan peranan MTIB sebagai peneraju utama industri kayu di Malaysia.
Dalam pertemuan tersebut, kedua-dua pihak telah mengadakan perbincangan secara konstruktif dalam menjalinkan usaha bagi memastikan kelestarian industri kayu negara. Turut dibincangkan ialah peluang kerjasama strategik yang relevan sejajar dengan aspirasi Kota Kinabalu sebagai bandar raya bertaraf antarabangsa yang berdaya saing, inklusif dan lestari.
DBKK menyambut baik komitmen MTIB dalam memperkukuh hubungan dua hala yang lebih strategik dan berimpak tinggi. Kunjungan hormat ini diharapkan dapat mengeratkan lagi jaringan kerjasama antara MTIB dan DBKK bagi memperkukuh lagi rantaian nilai industri kayu negara secara mampan dan berdaya saing.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



