Skip to main content

Berita: SESI PERKONGSIAN PROGRAM PENDIDIKAN BOTANI DAN ALAM SEKITAR

  • -

    09 APRIL 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Botani menganjurkan sesi perkongsian Program Pendidikan Botani dan Alam Sekitar di beberapa buah sekolah di bandar raya ini, pada 07 hingga 09 April 2026.

    Antara sekolah yang terlibat dalam sesi perkongsian ini ialah SK St. Francis Convent, SK Stella Maris dan SK Mutiara.

    Penganjuran sesi ini juga bertujuan untuk memperkenalkan ‘Pakej Pendidikan Botani dan Alam Sekitar’ yang ditawarkan di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah, dan terbuka untuk penyertaan daripada sekolah, institusi pengajian, agensi, organisasi serta orang awam yang berminat.

    Para pelajar dan warga sekolah telah diberikan pendedahan awal mengenai fungsi taman botani sebagai sebuah ruang pembelajaran, pusat pemeliharaan flora dan medium untuk meningkatkan kesedaran alam sekitar, selain turut berfungsi sebagai kawasan rekreasi.

    Sambutan menggalakkan yang diterima daripada pihak sekolah mencerminkan komitmen yang tinggi dalam meneruskan jalinan kerjasama di masa akan datang.

    Sesi perkongsian ini menjadi titik permulaan yang positif dalam memperkukuh jaringan kerjasama berterusan antara institusi pendidikan dan taman botani, khususnya dalam usaha memperkasa pendidikan botani serta pemuliharaan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK