Berita: PROGRAM PENANAMAN 1,000 POKOK BAKAU SUNGAI DARAU (WETLAND ECO TOURISM)
24 APRIL 2026: Bersempena dengan Sambutan Hari Landskap Kota Kinabalu 2026 dan Hari Bumi Sedunia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Landskap telah menganjurkan Program Penanaman Pokok Bakau di Sungai Darau, pada 22 April 2026.
Menerusi program ini, sebanyak 1,000 anak benih pokok bakau telah berjaya ditanam dalam usaha untuk memelihara ekosistem pesisir sungai serta memastikan kelestarian alam sekitar untuk generasi akan datang.
Kejayaan program ini turut disokong melalui kerjasama strategik dan kolaborasi tanggungjawab sosial korporat (CSR) bersama Syarikat Fraser & Neave Holdings Bhd. (F&N). Wakil F&N , Puan Felicia Liew, Human Capital Manager dan Encik Allister bin Elang, Senior Executive, Human Capital bersama-sama menjayakan aktiviti penanaman ini.
Setiap langkah kecil hari ini membawa impak besar untuk masa depan. Ayuh bersama-sama kita memelihara alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
#SelamatHariBumiSedunia
#HariLandskapKotaKinabalu2026Dikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam,
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



