Berita: PROGRAM PAKEJ PENDIDIKAN BOTANI DAN ALAM SEKITAR - PAKEJ EDUTREK ADVENTURE
15 MEI 2026: Seramai 30 orang peserta yang terdiri daripada guru dan pelajar Tingkatan Enam, SMK Likas telah mengambil bahagian dalam Program Pakej Pendidikan Botani dan Alam Sekitar, di Taman Botani Tun Fuad Stephens, pada 11 Mei 2026.
Program ini memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan pemuliharaan alam sekitar, khususnya di kawasan bandar sebagai usaha memastikan keseimbangan ekosistem dan kelestarian alam untuk generasi akan datang.
Antara aktiviti yang dijalankan termasuk jelajah trek alam semula jadi bagi mengenali spesis perintis serta spesis unik seperti periuk kera yang terdapat di sepanjang laluan. Peserta turut didedahkan dengan fungsi tumbuhan dalam ekosistem hutan bandar serta kepentingannya terhadap biodiversiti.
Program diteruskan dengan aktiviti “Skuad Rimba” iaitu aktiviti penanaman pokok hutan sebagai simbol komitmen bersama terhadap usaha restorasi hutan bandar dan penghijauan kawasan sekitar.
Penganjuran program seumpama ini diharap akan memupuk kesedaran, rasa tanggungjawab serta semangat cintakan alam sekitar dalam kalangan generasi muda.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut atau tempahan pakej, sila hubungi Encik Jickron di talian 012-8366750.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



