Skip to main content

Berita: DBKK LAKSANA OPERASI BERSEPADU PEMERIKSAAN TAPAK BINA DI KAWASAN DAMAI

  • -

    13 JULAI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Kawalan Bangunan telah melaksanakan operasi bersepadu pemeriksaan tapak bina di sebuah projek pembangunan di Damai, pada 6 Julai 2026.

    Operasi ini bertujuan memastikan pematuhan pihak pemaju terhadap syarat-syarat pembinaan yang telah ditetapkan, di samping menilai aspek keselamatan, kebersihan dan pengurusan tapak bina agar sentiasa berada dalam keadaan teratur.

    Pemeriksaan yang diadakan bermula jam 2.30 petang melibatkan anggota daripada Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) serta DBKK, iaitu Jabatan Kawalan Bangunan dan Jabatan Pengangkutan dan Trafik.

    Hasil pemeriksaan mendapati beberapa penambahbaikan perlu dilaksanakan oleh pihak pemaju. Sehubungan itu, arahan telah dikeluarkan bagi memastikan aspek keselamatan di tapak bina dipertingkatkan, kawasan kerja sentiasa bersih dan teratur, langkah-langkah kawalan habuk dilaksanakan serta semua syarat kelulusan yang berkaitan dipatuhi.

    Selain itu, satu kompaun di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 (Pindaan 2005) telah dikeluarkan kepada pihak pemaju atas kesalahan yang dikesan semasa pemeriksaan.

    DBKK akan terus melaksanakan pemantauan secara berkala bagi memastikan projek pembangunan mematuhi peraturan yang ditetapkan demi keselamatan, kebersihan dan kesejahteraan bandar raya.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Kawalan Bangunan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK