Skip to main content

Berita: SINERGI JABATAN BOTANI, DBKK DAN PERTUBUHAN EKOLOGIS PENYELIDIKAN & PEMULIHARAAN TROPIKA KOTA KINABALU (EG-TReC) DALAM PEMULIHARAAN BIODIVERSITI DI TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS SABAH

  • -

    28 OKTOBER 2026: Jabatan Botani, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama Pertubuhan Ekologis Penyelidikan dan Pemuliharaan Tropika Kota Kinabalu (EG-TReC) dan Politeknik Kota Kinabalu telah melaksanakan Program Pemuliharaan dan Pendidikan Alam Sekitar di Taman Botani Tun Fuad Stephens, Sabah pada 28 Ogos 2026.

    Program merangkumi Pocket Talk menberi pengenalan flora disekeliling kita yang disampaikan oleh Ts. Dr. Elia Godoong, Pensyarah Kanan, Fakulti Perhutanan Tropika, Universiti Malaysia Sabah (UMS) merangkap Pengerusi EG-TReC, serta aktiviti gotong-royong, penanaman dan pemuliharaan tumbuhan di Ginger Walk dan Laman Herba.

    Penglibatan secara langsung dalam aktiviti lapangan dapat memberi pendedahan secara teori dan praktikal kepada peserta mengenai kepelbagaian flora, kepentingan pemuliharaan biodiversiti serta tanggungjawab bersama dalam menjaga alam sekitar.

    Selain itu, ia turut membantu memupuk kesedaran, rasa tanggungjawab dan penghargaan generasi muda terhadap alam semula jadi, di samping memperkukuh kerjasama antara agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO) dan institusi pendidikan dalam usaha pemuliharaan dan pendidikan alam sekitar.

    Untuk sebarang cadangan kerjasama atau kolaborasi bersama Jabatan Botani, DBKK, hubungi Encik Jickron Jolidi di talian 012-836 6750 untuk maklumat lanjut.

    Sumber Info, Foto dan Video: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK