Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TERIMA LAWATAN TEKNIKAL JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA NEGERI JOHOR (PLANMALAYSIA JOHOR)
4 NOVEMBER 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu telah menerima lawatan teknikal Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri Johor (PLANMalaysia Johor) bertempat di Dewan Mesyuarat, Bangunan DBKK pada 7 Oktober 2026.
Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan penerangan dan berkongsi maklumat berkaitan pelaksanaan perancangan pembangunan di peringkat DBKK, termasuk amalan dan proses perancangan bandar, pengurusan permohonan kebenaran merancang dan urusan tanah, pengurusan maklumat guna tanah serta pelaksanaan inisiatif Bandar Pintar (Smart City).
Lawatan telah dipengerusikan oleh Puan Tantinny Fung, Pengarah Jabatan Perancangan Bandaraya, DBKK. Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan, DBKK.
Manakala rombongon PLANMalaysia Johor telah diketuai oleh YBrs. Puan Norfazlina binti Munaji, Penolong Pengarah Bahagian Kawalan Bangunan, PLANMalaysia Johor yang hadir bersama pegawai-pegawai kanan dan kakitangan, PLANMalaysia Johor.
Pengisian utama lawatan ialah taklimat berkaitan Perancangan Bandaraya di Kota Kinabalu yang disampaikan oleh Puan Tantinny Fung, sebelum diteruskan dengan sesi interaktif dan soal jawab. Sesi ini telah membuka ruang kepada perbincangan dan perkongsian idea yang menyeluruh berkaitan aspek perancangan bandar, pengalaman serta isu-isu yang dihadapi dalam pelaksanaannya.
Selain perkongsian daripada DBKK, pihak PLANMalaysia Johor turut berkongsi penggunaan aplikasi digital yang digunakan dalam menyokong inisiatif bandar pintar dan pengurusan bandar iaitu DigitalTWIN Ibrahim International Business District Johor Smart City Initiatives dan Johor Urban Observatory.
Lawatan ini diharap dapat memberi manfaat kepada kedua-dua pihak melalui perkongsian pengetahuan, pengalaman dan pendedahan kepada penggunaan teknologi dalam perancangan dan pengurusan bandar.
Terima kasih PLANMalaysia Johor!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



