Berita: Lawatan Teknikal Majlis Bandaraya Seberang Perai Ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal, Kayu Madang
Jabatan Perkhidmatan Perbandaran dan Jabatan Kejuruteraan, Majlis Bandaraya Seberang Perai (MBSP) Pulau Pinang telah mengadakan lawatan teknikal ke Tapak Pelupusan Sisa Pepejal, Kayu Madang pada 12 Jun 2024.
Rombongan yang diketuai oleh Penolong Pengarah Kanan, Jabatan Perkhidmatan Perbandaran iaitu Encik Alif Adham bin Zahari bersama 11 kakitangan pegawai MBSP telah meninjau operasi tapak pelupusan sampah tersebut termasuk melawat Bilik Jambatan Timbang (Weigh Bridge), Cell 3 yang baru siap dibina serta melawat Leachate Treatmant Plant (LTP). Ahli-ahli rombongan turut berkesempatan menerima taklimat daripada Encik Saiman Angak, Pengarah Jabatan Kejuruteraan, DBKK.
Turut hadir menyertai lawatan teknikal tersebut adalah pegawai-pegawai dari Jabatan Kejuruteraan, DBKK.
Terima kasih diucapkan kepada Majlis Bandaraya Seberang Perai!



