Berita: DBKK, AMC College Anjur Bengkel 'Become A Social Media Influencer (Youtube & Tiktok)' Untuk Belia Di Pusat CBT
Pada 08 Jun 2024 (Sabtu) lalu, telah berlangsung bengkel ‘Become A Social Media Influencer (Youtube & TikTok) yang merupakan anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan AMC University College.
Bengkel ini diadakan di AMC University College, Tingkat 1, Likas Square Commercial Centre dan telah dihadiri oleh komuniti belia di Pusat Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) di bawah bimbingan DBKK, iaitu Homestay Darau Wetland, Homestay Desa Cinta Kobuni dan Homestay Id Kalangadan.
Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan dan pembudayaan peserta ke arah perniagaan pelancogan secara digital serta mempelajari teknik dan tip mengikut perubahan teknologi dan trend perniagaan masa kini.
Selain itu, para peserta turut diberi pendedahan berkaitan bidang keusahawanan untuk mengembangkan perniagaan pelancongan mereka ke tahap yang lebih tinggi, berteraskan pemasaran digital.



