Berita: Pelancaran Aplikasi iBERSIH DBKK, Transformasi Perkhidmatan Pengutipan Sisa Pukal dan Sisa Kebun Secara Dalam Talian

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal (JPSP) akan melancarkan Aplikasi iBersih pada 17 Ogos 2024 ini.
Pembangunan aplikasi ini adalah satu (1) inisiatif digital DBKK yang akan memudahkan orang awam untuk melupuskan sisa pukal dan sisa kebun mereka, khususnya di taman-taman perumahan dalam kawasan Bandaraya Kota Kinabalu.
Melalui aplikasi ini, orang ramai boleh membuat pesanan perkhidmatan DBKK secara dalam talian dan secara prabayar, bagi menggantikan sistem pelekat yang diguna pakai sebelum ini.
Muat turun Aplikasi iBersih bermula 17 Ogos 2024!



