Berita: Warga DBKK, Peniaga Anjung Kinabalu Berganding Bahu Jayakan Operasi Pembersihan Dan Keteraturan Anjung Kinabalu Siri 1/2024
02 OGOS 2024: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menerusi Jabatan Pelesenan (JPL) telah menganjurkan Operasi Pembersihan dan Keteraturan Anjung Kinabalu Siri 1/2024, yang bertujuan untuk membuat kerja-kerja pembersihan di sekitar bangunan pasar, pada 2 Ogos 2024 (Jumaat).
Operasi pembersihan yang bermula seawal jam 8.00 pagi ini melibatkan anggota DBKK dan peniaga pasar yang berganding bahu menjalankan kerja-kerja pembersihan di sekitar kawasan Anjung Kinabalu, khususnya di lot gerai peniaga. Turut hadir dalam operasi ini adalah Tuan Robert B. Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK dan Tuan Rozie Khan, Pengarah Jabatan Pelesenan, DBKK.



