Berita: Pemantapan Nilai Integriti Dan Perangi Jenayah Rasuah, DBKK Sokong Karnival Integriti KWSP Wilayah Sabah
18 JULAI 2024: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Dato Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, hari ini telah menghadiri Majlis Perasmian Karnival Integriti KWSP Wilayah Sabah anjuran bersama KWSP dan SPRM yang diadakan di Dewan Kinabalu, Bangunan KWSP, hari ini.
Hadir merasmikan karnival adalah Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir, Pengerusi Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Turut hadir adalah Datuk Karunanithy a/l Y. Subbiah, Pengarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Negeri Sabah; Datuk Robert Stidi, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri (JPAN) Sabah; Datuk Indra bin Haji Ayub, Hakim Mahkamah Perusahaan Malaysia, Sabah; Tuan Haji Mohd. Fadil Sarehan, Pengarah KWSP Wilayah Sabah; TKP Hajah Nora binti Musa, Pengarah Jabatan Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan; dan Tuan Sazaliza Zainuddin, Ketua Pegawai Operasi KWSP.
Mengangkat tema “Integriti Teras Kecemerlangan”, penganjuran karnival ini bertujuan untuk memberi kesedaran akan kepentingan budaya integriti dan etika kerja berkualiti tinggi serta pencegahan sebarang bentuk jenayah rasuah dan salah guna kuasa.
Turut berlangsung adalah sesi ceramah yang bertajuk “Cabaran Integriti Dalam Era MADANI” serta pameran informasi daripada KWSP, SPRM, Jabatan Penjara dan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Tahniah diucapkan kepada KWSP dan SPRM atas kejayaan penganjuran karnival ini.



