Berita: Program Bicara Eksekutif DBKK, "Strategy And Planning In Digital World" Bersama Azran Osman-Rani

22 OGOS 2024: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan dan Inovasi telah mengadakan Bicara Eksekutif DBKK yang bertujuan untuk memperkasa mutu kepimpinan kumpulan pengurusan DBKK.
Dengan penampilan khas Encik Azran Osman-Rani, Ketua Pegawai Eksekutif dan Co-Founder Naluri, wadah ilmiah ini telah mengupas topik “Strategy and Planning in Digital World” dengan pembentangan segmen terkait “Digital Strategy Errors and Digital Strategy Opportunities”.
Bicara Eksekutif ini juga telah membawa peserta untuk menekuni amalan pentadbiran dan pengurusan korporat yang terbaik demi pembangunan kualiti dan budaya kerjaya DBKK yang akhirnya akan disampaikan melalui perkhidmatan terbaik kepada Bandaraya Kota Kinabalu.
Sesi perkongsian ini telah dilancarkan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Hj. Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu dan dihadiri oleh kumpulan Pengurusan Tinggi, Ketua-ketua Jabatan dan pegawai kanan DBKK.
DBKK merakamkan penghargaan kepada Encik Azran Osman-Rani atas perkongsian berkualiti yang disampaikan. Semoga bertemu lagi di Kota Kinabalu, Bandaraya Peranginan Semulajadi.



