Skip to main content

Berita: Istiadat Perbarisan Bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Ke-71 Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Sabah (5 Oktober 2024)

  • Padang Merdeka

     

    Orang ramai adalah dipelawa untuk hadir beramai-ramai dan memeriahkan Istiadat Perbarisan bersempena Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Rasmi ke-71 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah yang akan berlangsung di Padang Merdeka Kota Kinabalu pada 05 Oktober 2024 ini!

    Acara yang akan bermula seawal 7.00 pagi ini bakal menyaksikan penyertaan 89 kontinjen perbarisan daripada pelbagai kategori, termasuk kategori sekolah, institusi pengajian tinggi, jabatan kerajaan dan pertubuhan swasta.

    Persembahan kebudayaan oleh Lembaga Kebudayaan Negeri Sabah dan persembahan kumpulan koir adalah antara pengisian menarik yang bakal diadakan sempena acara penuh gemilang ini. Jumpa anda di sana!

    Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA, DBKK