Skip to main content

Berita: Majlis Perasmian Tandas Awam Inanam Point, Tanda Komitmen Kepada Kemudahan Awam

  • Inanam Point

    Liputan: Dayangku Maya Maysara | Foto: Renaldo Fernandez

    15 OKTOBER 2024: Majlis Perasmian Tandas Awam Inanam Point yang berlangsung pada 14 Oktober (Isnin) lalu, menandakan satu lagi usaha penyediaan infrastruktur awam yang berkualiti di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.

    Objektif utama pelaksanaan inisiatif ini adalah memastikan warga bandar raya, khususnya di sekitar Inanam, mempunyai akses kepada kemudahan awam yang bersih dan selesa untuk kegunaan harian.

    Sebagai simbolik perasmian, YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri (II) di Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.18 Inanam telah menyerahkan replika kunci kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), yang diterima oleh Puan Faradillah Hj. Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK, yang hadir mewakili YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

    Pembinaan Tandas Awam Inanam Point dijalankan mengikut piawaian ‘Bersih, Menawan, dan Wangi’ (BMW), yang merupakan inisiatif daripada Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dalam meningkatkan standard tandas awam di seluruh negara.