Berita: MAJLIS BACAAN SURAH YASIN, TAHLIL DAN DOA SELAMAT, ZAHIR KESYUKURAN BERSEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 JUBLI PERAK BANDARAYA KOTA KINABALU
01 FEBRUARI 2025: Sebagai tanda kesyukuran bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK, pada 31 Januari 2025.
Hadir menyerikan majlis ialah YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama-sama isteri, YBhg. Datin Sri Hajah Adreen Aderizza binti Mohamad Soffi.
Tirai majlis dibuka dengan tayangan video bacaan selawat dan zikir, sebelum diteruskan dengan bacaan surah Yasin, tahlil dan doa selamat yang dipimpin oleh Ustaz Muhammad Zarr bin Abdul Wahid, Imam Kariah Masjid Al-Falah, Kepayan dan Ustaz Mohd Sofri bin Awaluddin, Imam Kariah Masjid Cenderakasih, Inanam.
Dalam majlis ini, Dato’ Sri Mayor turut menyampaikan sumbangan kepada Ma’had Tahfiz, yang terdiri daripada Ma’had Tahfiz Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Ma’had Tahfiz Masjid Nurul Hikmah Bukit Padang, Ma’had Tahfiz Miftahul Ulum Tg. Aru dan Ma’had Tahfiz Al-Quran Nahdatul ilmiah , Taman Sempelang.
Hadir sama Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan) selaku Pengerusi Majlis Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Selamat; Fadhil Ustaz Masnor Manshor, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Kota Kinabalu serta Ketua-ketua Jabatan DBKK.
Didoakan semoga semua urusan dan perancangan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Bandaraya Kota Kinabalu dipermudahkan dan semoga seluruh warga bandar raya sentiasa dilindungi serta memperoleh keamanan dan kesejahteraan.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



