Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN DELEGASI CHINA-ASEAN FRIENDLY YOUTH ENVOYS

  • 12 FEBRUARI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) amat berbesar hati menerima lawatan daripada delegasi China-ASEAN Friendly Youth Envoys daripada Nanning, Guangxi, China, pada 09 Februari lalu.

    Ketibaan delegasi telah disambut mesra oleh Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK yang mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Rombongan yang terdiri daripada lapan (pelajar dan dua (2) pengiring ini telah diketuai oleh Puan Lu Ying, Wartawan Nanguo Morning Paper.

    Terdahulu, pada 08 Februari (Sabtu), delegasi China-ASEAN Friendly Youth Envoys juga berkesempatan untuk melawat ke Kota Kinabalu High School dan Mari Mari Cultural Village, di mana mereka berpeluang untuk melihat sendiri warisan dan tradisi yang terdapat di bandar raya ini.

    Semoga lawatan ini menjadi platform pengukuhan potensi kerjasama dua hala di antara kedua-dua pihak!

    Sumber Info: Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK