Berita: DBKK ANJUR PROGRAM AMBANG RAMADHAN 2025: RAMADHAN MENINGKATKAN SAHSIAH PENJAWAT AWAM
28 FEBRUARI 2025: Sebagai persediaan untuk menyambut bulan penuh keberkatan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Program Ambang Ramadhan 2025: Ramadhan Meningkatkan Sahsiah Penjawat Awam, bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu, pada 26 Februari 2025.
Seramai 387 kakitangan DBKK beragama Islam telah menghadiri program yang dianjurkan bagi meningkatkan penghayatan bersempena dengan bulan Ramadan serta mengeratkan hubungan silaturahim antara kakitangan.
Majlis ditambah seri dengan kehadiran Encik Karim Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan Luar Bandar dan Penguatkuasaan) mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, bersama Ketua-ketua Jabatan, DBKK.
Program dimulakan dengan bacaan doa sebelum diteruskan dengan sesi Ceramah Ambang Ramadan yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Mohd. Jumat bin Abdul Razak, Penolong Mufti Kanan Bahagian Falak, Pejabat Mufti Kerajaan Negeri Sabah.
Para hadirin turut berkesempatan untuk mengutarakan sebarang persoalan dalam sesi soal jawab yang diadakan sebelum majlis berakhir.
Semoga penganjuran Program Ambang Ramadhan 2025: Ramadhan Meningkatkan Sahsiah Penjawat Awam ini dapat membantu kakitangan DBKK untuk mengekalkan tahap prestasi yang cekap dalam menjalankan tanggungjawab sepanjang bulan puasa ini.
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.
Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



