Skip to main content

Berita: PEMBAYARAN KOMPAUN SECARA DALAM TALIAN MELALUI SABAH SMART PARKING (SSP) MULAI 3 MAC 2025

  • Orang awam kini boleh membuat pembayaran kompaun bagi pelbagai kesalahan di bawah Undang-undang Kecil Bandaraya Kota Kinabalu secara dalam talian, menerusi platform Sabah Smart Parking (SSP) bermula 03 Mac 2025.

    Orang ramai boleh memuat turun aplikasi SSP secara percuma menerusi Google Play (Android) atau App Store (iOS). Imbas, muat turun dan bayar kompaun anda melalui aplikasi SSP.

    Sumber Info: Jabatan Teknologi Maklumat & Pendigitalan

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK