Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT FAEZAH HEALTHCARE SDN. BHD.

  • 13 MAC 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) amat berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Faezah Healthcare Sdn. Bhd., pada 27 Februari 2025.

    Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Dr. Muhammad Farid Azfar bin Abdul Halim, Ketua Pegawai Eksekutif Faezah Healthcare Sdn. Bhd., telah disambut mesra oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK.

    Rombongan terdiri daripada Dr. Ahmad Azim bin Ahmad, Ketua Pegawai Operasi; Encik Nicholas Tudol, Pengurus Besar dan Puan Matina Ikin, Pengurus Sumber Manusia.

    DBKK telah diberi penerangan berkaitan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Faezah Healthcare Sdn. Bhd. dikenali sebagai ‘Medical Tourism’, yang menawarkan perkhidmatan perubatan kepada para pelancong yang datang ke negeri Sabah serta masyarakat umum.

    Selain itu, turut dibincangkan cadangan jalinan kerjasama di antara DBKK dan Faezah Healthcare Sdn. Bhd. dalam meningkatkan promosi kesihatan sekali gus memantapkan kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan warga bandaraya, penjaja dan pengusaha premis makanan.

    Kerjasama ini dilihat mampu menjadi pemangkin kepada usaha meningkatkan keselamatan dan kesihatan masyarakat dan pelancong ke tahap yang lebih baik.

    Turut hadir ialah Puan Syron A. Tunggolou, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK; serta Pegawai-pegawai JKPB, Encik Addrian Ijom, Puan Arinah Atim, Encik Fedy Fabian dan Encik Weldie Majingki.

    Semoga kunjungan hormat ini membawa kepada jalinan kerjasama yang lebih erat di masa akan datang.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK