Berita: KUNJUNGAN HORMAT AKADEMI PUSAT PEMBELAJARAN BANDARAYA, DBKK KEPADA PENGARAH JABATAN SUKARELAWAN MALAYSIA (RELA) NEGERI SABAH
9 APRIL 2025: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya (APPB), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Pengarah Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah, pada 08 April 2025.
Kunjungan hormat ini bertujuan untuk menjalin kerjasama di antara APPB dan RELA dalam menganjurkan program latihan serta berkongsi kepakaran yang dimiliki oleh RELA selain penggunaan fasiliti milik Pusat Latihan RELA.
Rombongan APPB yang diketuai oleh Encik Abdul Mukti bin Haji Muchlish, Pengetua APPB, DBKK telah disambut dengan penuh mesra oleh PjR Darma bin Dabang, Pengarah RELA Negeri Sabah bersama barisan Pegawai RELA iaitu PgKR Chitra Raja, Ketua Cawangan Operasi dan Keanggotaan; PPgKR Roy Carlson bin Louis, Ketua Cawangan Logisik dan Persenjataan serta PPgKR Salvistere Tinius, Pegawai Pejabat RELA Daerah Kota Kinabalu.
Menerusi pertemuan ini, APPB telah diberikan penerangan ringkas mengenai fungsi dan peranan Akademi Latihan RELA Malaysia dan Pusat Latihan RELA Malaysia berkaitan bidang-bidang latihan yang dilaksanakan oleh RELA khusus untuk pegawai dan anggotanya.
Selain itu, perjumpaan ini turut melibatkan pertukaran idea di mana Pengarah RELA Negeri Sabah banyak berkongsi mengenai pengalaman dalam pengurusan latihan selain turut membuka peluang untuk kerjasama dalam latihan, pentauliahan dan pembangunan sumber manusia dalam kalangan anggota RELA dan DBKK.
Setinggi-tinggi penghargaan atas kesudian menerima kunjungan hormat ini dan diharapkan agar kolaborasi ini dapat dijayakan seterusnya dan menjadi langkah awal ke arah pencapaian matlamat bersama demi kecemerlangan DBKK dan RELA.
Sumber Info: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
Foto: Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) Negeri Sabah#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



