Skip to main content

Berita: 500 PEK BUBUR LAMBUK DIAGIH DALAM PROGRAM EDARAN BUBUR LAMBUK PERCUMA BERSEMPENA RAMADAN 1446H

  • 24 MAC 2025: Bersempena dengan bulan Ramadan 1446H yang penuh keberkatan ini, PUSPANITA Cawangan Daerah Kota Kinabalu (CDKK) telah mengadakan Program Edaran Bubur Lambuk Percuma, bertempat di KK Sentral, pada 21 Mac 2025.

    Program yang dianjurkan dengan kerjasama DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH) dan Leading Innovative Technologies & Systems (LiTS) ini bertujuan untuk mengeratkan silaturahim antara masyarakat, selain menerapkan nilai berkongsi rezeki bersama golongan yang memerlukan.

    Sesi agihan sebanyak 500 pek bubur lambuk ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Beliau turut disertai oleh Puan Hana'aifah Suhaili, Timbalan Pengerusi PUSPANITA CDKK; Encik Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif DBKKH Sdn. Bhd., Ketua-ketua Jabatan, DBKK dan DBKKH, serta JK Tertinggi PUSPANITA CDKK.

    Menerusi program ini, pek bubur lambuk telah diedarkan kepada kakitangan DBKKH Sdn. Bhd. yang sedang bertugas, penumpang bas yang bertolak ke Keningau, pengusaha-pengusaha Pusat Kraftangan serta orang awam di sekitar KK Sentral.

    Sambil mengagihkan pek bubur lambuk, Dato' Sri Mayor turut meluangkan masa untuk beramah mesra bersama para penumpang di sekitar Terminal Bas KK Sentral dan pengusaha-pengusaha di Pusat Kraftangan KK Sentral.

    Setinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan Program Edaran Bubur Lambuk Percuma. Semoga keberkatan Ramadan terus mengiringi semua!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK