Berita: 14 HOTEL BEROPERASI TANPA LESEN DIBERI NOTIS
06 MEI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah menjalankan operasi terhadap pemilik premis yang menjalankan perniagaan hotel tanpa lesen, di sekitar kawasan Bandaraya Kota Kinabalu, Inanam dan Sulaman Sentral, pada 03 Mei 2025.
Operasi yang diadakan bermula pukul 10.30 pagi ini dianggotai seramai enam (6) anggota Jabatan Pelesenan, DBKK.
Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 14 premis hotel dikenal pasti menjalankan operasi tanpa lesen. Susulan itu, DBKK telah mengeluarkan tawaran Notis kepada operator untuk mengemukakan permohonan lesen dalam tempoh 14 hari daripada tarikh notis dikeluarkan.
DBKK akan terus menjalankan operasi pemeriksaan dari masa ke masa, bagi mengesan hotel yang beroperasi tanpa lesen yang sah sekali gus meningkatkan tahap pematuhan dalam kalangan operator-operator hotel di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



