Skip to main content

Berita: MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA DBKK DENGAN PETCO TRADING LABUAN COMPANY LTD. & MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERJANJIAN ANTARA DBKK DENGAN AORB

  • -

    31 JULAI 2025: Seiring usaha memacu pembangunan strategik dan berimpak tinggi, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Petco Trading Labuan Company Ltd. dan Memorandum Perjanjian (MoA) bersama Alpha Ocean Resources Berhad (AORB), dalam satu majlis yang diadakan di Pacific Sutera Hotel, pada 30 Julai 2025.

    Sesi menandatangani kedua-dua memorandum ini telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu bersama YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK di antara Petco Trading Labuan Company Ltd., iaitu YBhg. Haji Shamsul Bahari bin Salleh, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Ong Eng Hian, Ketua Carbon Credit Trading dan AORB, iaitu Yang Hormat Dato’ Pua Woon Kee, Ketua Pegawai Eksekutif dan Encik Simon Puan, Pengarah Eksekutif.

    Detik bersejarah ini telah disaksikan oleh YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah; YB Datuk Seri Panglima Surveyor Haji Safar bin Untong, Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah dan YB Datuk Abidin Madingkir, JP, Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Merangkap Menteri Yang Bertanggungjawab Kepada DBKK.

    Dalam ucapannya, YAB Ketua Menteri berkata, kedua-dua inisiatif ini selaras dengan agenda Ekonomi Biru Sabah yang menekankan pembangunan mampan, nilai tambah industri perikanan serta peralihan kepada tenaga bersih.

    Tambahnya, kejayaan menarik pelaburan ini membuktikan keyakinan tinggi pelabur terhadap prospek ekonomi Sabah dan sinergi di antara DBKK, sektor swasta dan kerajaan negeri diyakini akan mempercepat pertumbuhan ekonomi dan mencipta lebih banyak peluang pekerjaan untuk rakyat.

    Turut hadir dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk Brenndon Keith Soh, Peguam Besar Negeri Sabah; Puan Siti Ayu Haniza Abdul Wahab, Pengurus Besar Petronas Sabah dan Labuan; YBhg. Encik Helmi Shahril bin Ag. Kassim, Ahli Lembaga Penasihat, DBKK; Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, DBKK dan Encik Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif DBKK Holdings Sdn. Bhd. (DBKKH).

    Kerjasama ini merupakan langkah signifikan ke arah mewujudkan sebuah model pembangunan bandar raya yang menyatukan pertumbuhan ekonomi, kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan sosial sejajar dengan Pelan Strategik Bandaraya Kota Kinabalu 2025-2035 dan aspirasi Pelan Tindakan Bandar Rendah Karbon Kota Kinabalu.

    Semoga kerjasama yang termeterai dalam majlis ini menjadi pemangkin kepada usaha mentransformasikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya mesra alam, pintar dan berdaya huni.

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez & Mohd. Asruddey Rusli

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK