Skip to main content

Berita: HARI PERTAMA PELAKSANAAN SISTEM PELUPUSAN SAMPAH SENDIRI (SPSS) TERIMA RESPON POSITIF

  • -

    02 OGOS 2025: Pelaksanaan hari pertama Sistem Pelupusan Sampah Sendiri (SPSS) di Kompleks Sinsuran pada 01 Ogos 2025 menerima sambutan yang amat memberangsangkan daripada para penduduk dan pengusaha premis di sekitarnya.

    Kutipan pertama telah dilaksanakan pada pukul 10.00 pagi bertempat di Lorong Sinsuran, diikuti kutipan kedua pada jam 10.30 pagi di Lorong Gomantong.

    Sebagai peringatan, tindakan penguatkuasaan akan dilaksanakan berlandaskan Undang-Undang Kecil (UUK) Anti Litter 1984 (Pindaan 2005). Mana-mana pihak yang didapati membuang sampah merata-rata di luar masa SPSS boleh dikenakan kompaun minimum RM20 dan tidak melebihi RM500, bagi setiap kesalahan.

    DBKK menyeru semua penduduk dan pemilik premis untuk terus mematuhi jadual kutipan yang ditetapkan dan menguruskan sampah dengan betul demi kebersihan dan kesejahteraan bersama. Komitmen dalam pengurusan sisa secara berhemah amat dihargai.

    Bersama kita jayakan SPSS demi mewujudkan persekitaran Bandaraya Kota Kinabalu yang lebih bersih, hijau dan lestari.

    Ikuti perkembangan inisiatif dan program kebersihan semasa dengan melayari akaun Facebook dan TikTok 'KK Bersih dan Hijau'.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari
    #KKBersihDanHijau

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK