Skip to main content

Berita: LAWATAN RASMI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU KE MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

  • -

    08 OGOS 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bagi mempelajari pelaksanaan Sistem Pengurusan Anti-Rasuah (Anti-Bribery Management System, ABMS), pada 07 Ogos 2025.

    Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman dan pengetahuan mengenai langkah-langkah berkesan yang dilaksanakan oleh MBPJ dalam usaha membanteras rasuah serta meningkatkan integriti dalam pentadbiran dan perkhidmatan awam.

    Rombongan delegasi DBKK yang diketuai oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan) telah disambut dengan penuh mesra oleh Puan Nor'ain binti Ada, Penolong Pengarah Kanan (Integriti), MBPJ.

    Puan Nor'ain telah berkongsi pengalaman berkaitan cabaran dan kejayaan mereka dalam mengimplementasikan sistem berkenaan, termasuk latihan dan kesedaran yang telah dilaksanakan kepada kakitangan serta penguatkuasaan dasar anti-rasuah.

    Lawatan ini bertindak sebagai platform perkongsian pengetahuan dan pengalaman dalam usaha meningkatkan kualiti perkhidmatan kepada masyarakat.

    Kerjasama dan perkongsian ilmu ini diharap dapat memberi manfaat besar kepada kedua-dua pihak, sekali gus memperkukuhkan lagi hubungan di antara DBKK dan MBPJ.

    DBKK menzahirkan penghargaan kepada pihak MBPJ, atas kesudian menerima kunjungan ini.

    Semoga inisiatif ini menjadi langkah positif ke arah pembangunan bandar yang lebih cemerlang dan berdaya saing.

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK