Skip to main content

Berita: SESI TAKLIMAT KK CLEANUP DAY 2.0 & CABARAN ‘KAMPUNGKU BERSIH’ SEKITAR PULAU GAYA DAN PULAU SEPANGGAR

  • -

    21 OGOS 2025: Menjelang program KK Cleanup Day 2.0 dan Cabaran ‘Kampungku Bersih’ Edisi Kepulauan yang akan berlangsung Sabtu ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal telah mengadakan Sesi Taklimat bersama kampung-kampung yang terlibat, pada 19 Ogos 2025.

    Sebanyak tujuh (7) kampung di sekitar Pulau Gaya dan Pulau Sepanggar terlibat dalam sesi ini, antaranya ialah Kampung Lok Urai, Kampung Kasuapan, Kampung Pondo, Kampung Lobong, Kampung Pulau Gaya Asli, Kampung Torong Logong dan Kampung Pulau Sepanggar.

    Taklimat ini telah diketuai oleh Encik Leong Tze Fui, Pengarah Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK, dengan dibantu oleh Encik Roslan Saaban dan Encik Jecky Jarimal. Sesi ini memberi tumpuan terhadap pelaksanaan program KK Cleanup Day 2.0 pada 23 Ogos 2025, serta memberi penerangan menyeluruh berkaitan Cabaran 'Kampungku Bersih' Edisi Kepulauan.

    Semua Ketua Kampung, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) serta penduduk diseru untuk sama-sama menjayakan usaha kebersihan dan kelestarian alam sekitar di kawasan kepulauan.

    Untuk mengikuti perkembangan inisiatif semasa, orang ramai boleh melayari laman Facebook dan TikTok “KK Bersih dan Hijau”.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK