Skip to main content

Berita: KURSUS PEMERIKSA ASET ALIH, PEMERIKSA STOR DAN PEMVERIFIKASI STOR

  • -

    02 SEPTEMBER 2025: Seramai 62 anggota Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menghadiri Kursus Pemeriksa Aset Alih, Pemeriksa Stor dan Pemverifikasi Stor yang diadakan di Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, pada 25 Ogos 2025.

    Tujuan utama penganjuran kursus ini ialah untuk memberi pendedahan kepada tatacara merekod, melabel dan menyimpan aset alih; memastikan barang-barang yang terdapat di stor direkod dan disimpan mengikut prosedur yang ditetapkan serta mengesahkan ketepatan makumat dalam dokumen stor seperti borang penerimaan, pengeluaran dan pemindahan barang.

    Majlis Perasmian kursus telah disempurnakan oleh Encik Victor Gerard Kuasi, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pengurusan Kewangan), DBKK. Sementara itu, Majlis Penyampaian Sijil kepada para peserta telah disempurnakan oleh Encik Abdul Mukti bin Haji Muchlish, Pengetua Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK.

    Kursus ini merupakan komitmen berterusan DBKK untuk meningkatkan kompetensi dan kemahiran pegawai dalam aspek pemeriksa aset alih, pemeriksa stor dan pemverifikasi stor yang mematuhi piawaian serta mencerminkan tahap profesionalisme yang tinggi.

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK