Berita: DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU TAMBAH ASET PEMBERSIHAN, KE ARAH PEMANTAPAN KUALITI PERKHIDMATAN BANDAR RAYA BERSIH DAN HIJAU
04 SEPTEMBER 2025: Seiring usaha pemantapan kualiti perkhidmatan kebersihan dan pengindahan di sekitar bandar raya, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengambil inisiatif untuk memperkukuh kekuatan aset dan logistik menerusi penambahan satu (1) unit lori Skylift model ZTON 235-24m.
Dilengkapi dengan enjin 5,193 CC, jentera baharu ini mampu menampung beban dengan muatan sebanyak 8.5 tan selain juga dilengkapi dengan ‘boom’ boleh laras menggunakan silinder hidraulik dan sistem ‘wire core’ dengan ketinggian maksimum sehingga 24 meter.
Penyerahan pembelian lori tersebut telah diadakan di Bengkel Jabatan Kejuruteraan, DBKK dan dihadiri oleh Ts. Chong Kien Vui, Ketua Bahagian Pengurusan Kenderaan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Kejuruteraan, DBKK dan Jabatan Landskap, DBKK.
Turut hadir ialah Encik Lawrence Wong, Pengarah Urusan, Syarikat Harapan Menang dan Encik Nor Asri Abdul Rashid, wakil daripada A-Plus selaku pembuat rangka Skylift.
Bagi memastikan anggota dilengkapi dengan kemahiran pengendalian lori Skylift, anggota Jabatan Landskap, DBKK diberikan latihan dan pendedahan berkaitan cara pengendalian lori Skylift dan langkah keselamatan dengan menggunakan kaedah yang betul oleh Syarikat A-Plus.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Kejuruteraan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



