Berita: TAHNIAH! DBKK RAIH TIGA ANUGERAH DALAM MAJLIS PERASMIAN PENUTUPAN BENGKEL KESELAMATAN SIBER 2025 DAN MAJLIS PENYAMPAIAN ANUGERAH LAMAN WEB KERAJAAN NEGERI SABAH (SGWC)
09 OKTOBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya merangkul tiga (3) anugerah dalam Majlis Perasmian Penutupan Bengkel Keselamatan Siber 2025 dan Majlis Penyampaian Anugerah Laman Web Kerajaan Negeri Sabah (SGWC), yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC), pada 07 Oktober 2025.
Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Hassan Mahali, Setiausaha Tetap, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (KSTI). Pertandingan anjuran KSTI ini telah disertai seramai 44 Agensi Kerajaan Negeri Sabah (AKNS) dengan penilaian juri telah berlangsung pada bulan September 2025.
DBKK telah berjaya menerima anugerah bagi kategori-kategori berikut:
Johan bagi Anugerah The Outsourced Web Innovator Award (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri)
Tempat Ke-3 bagi Anugerah Webmaster of The Year (Kategori Pihak Berkuasa Tempatan dan Badan Berkanun Negeri)
Tempat Ke-4 bagi Anugerah Laman Web Kerajaan Terbaik (Keseluruhan)
Hadir menerima anugerah ini adalah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK. Turut hadir ialah Puan Ng Mui Chen @ Michelle Wong, Pengarah Jabatan Teknologi Maklumat dan Pendigitalan, DBKK bersama Puan Sarah Bessie Sipaul, Pegawai Teknologi Maklumat yang turut berperanan sebagai Webmaster DBKK.
Anugerah yang diterima ini mencerminkan komitmen dan usaha berterusan DBKK dalam memperkukuh kecekapan penyampaian maklumat melalui platform laman web rasmi. Tahniah!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Teknologi Maklumat Pendigitalan, DBKK
Suntingan: Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



