Skip to main content

Berita: TAHNIAH! DBKK RAIH PENGIKTIRAFAN 5 BINTANG PBT CEMERLANG PROGRAM PENARAFAN BINTANG AUDIT TEKNIKAL (PBAT) PERKHIDMATAN KESIHATAN PERSEKITARAN 2025

  • -

    10 OKTOBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berjaya meraih pengiktirafan 5 Bintang PBT Cemerlang Program Penarafan Bintang Audit Teknikal (PBAT) Perkhidmatan Kesihatan Persekitaran 2025 serta mendapat tempat Ke-3 bagi Kempen Membasmi Tikus (Pasar Besar Kota Kinabalu), dalam sebuah majlis di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi, pada 09 Oktober 2025.

    Anugerah ini telah diterima oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu daripada YB Tuan Nga Kor Ming, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan bersempena dengan Sambutan Hari Kesihatan Persekitaran Sedunia Peringkat Kebangsaan anjuran Jabatan Kerajaan Tempatan, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

    Hadir sama ialah Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi) dan Puan Syron Tunggolou, Pengarah Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK.

    Semoga pengiktirafan ini menjadi pendorong yang mengekalkan momentum kecemerlangan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat di Bandaraya Kota Kinabalu!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK
    Suntingan: Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK