Skip to main content

Berita: PEMANTAUAN MAYOR KE PASAR BESAR KOTA KINABALU

  • -

    17 OKTOBER 2025: Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu hari ini telah mengadakan lawatan pemantauan ke Pasar Besar Kota Kinabalu bagi meninjau pelaksanaan beberapa projek penambahbaikan yang dilaksanakan oleh Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).

    Pemantauan ini bertujuan mengesahkan status serta memastikan semua kerja dilaksanakan dengan baik dan memberi manfaat terus kepada para peniaga serta pengunjung pasar.

    Antara projek yang ditinjau ialah pemasangan perangkap gris (grease trap) bagi mengawal sisa minyak dan lemak, pembaikan sistem lampu dan kipas untuk keselesaan dan keselamatan pengguna, serta pemasangan dua unit loji penapis air masin kepada air tawar bagi menjamin kualiti bekalan air di kawasan pasar.

    Dalam lawatan tersebut, Dato’ Sri Mayor turut menekankan kepentingan menjaga tahap kebersihan pasar sebagai lambang imej bandar raya dan kesejahteraan awam. Beliau turut berinteraksi dengan para peniaga bagi mendapatkan maklum balas mengenai kemudahan sedia ada serta cadangan penambahbaikan.

    Dato’ Sri Mayor diiringi oleh pihak pengurusan dan pegawai kanan DBKK, yang bersama-sama meninjau kemudahan serta memastikan pelaksanaan projek berjalan mengikut spesifikasi dan memberi impak positif kepada komuniti bandar raya.

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bella Berhaman
    Pegawai Penerangan

    Mohd. Asruddey Rusli
    Jurugambar