Skip to main content

Berita: MAJLIS APRESIASI KEJOHANAN PESTA SUKAN MUHIBAH JABATAN KETUA MENTERI KE-14 TAHUN 2025

  • -

    23 OKTOBER 2025: Sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan dan pencapaian atlet, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Majlis Apresiasi Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri Ke-14 Tahun 2025, di Promenade Hotel Kota Kinabalu, pada 21 Oktober 2025.

    Majlis telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Hadir sama ialah YBhg. Datuk Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK; Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi); Puan Faradillah binti Hj. Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK; Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan) dan Encik Jimon Jahim, Pengarah Eksekutif DBKK Holdings Sdn. Bhd.

    Tirai majlis dibuka dengan tayangan montaj Kejohanan Sukan Muhibah JKM 2025 yang memaparkan perjalanan penuh dedikasi dan semangat juang oleh atlet-atlet DBKK sepanjang kejohanan berlangsung pada 20 hingga 27 September lalu.

    Majlis turut menyaksikan penyerahan piala-piala kemenangan oleh Pengurus Pasukan kepada Dato’ Sri Mayor, sebelum diteruskan dengan sesi penyerahan Sijil Penghargaan. Sebelum majlis melabuhkan tirai, atlet-atlet DBKK telah menyanyikan lagu ‘Standing In The Eyes’ dan ‘Semangat Juara’ yang telah menyemarakkan lagi semangat kesukanan.

    Terdahulu, DBKK telah berjaya mempertahankan kejuaraan dalam Kejohanan Pesta Sukan Muhibah Jabatan Ketua Menteri Ke-14 Tahun 2025 dengan kutipan keseluruhan sebanyak 12 pingat, yang terdiri daripada sembilan (9) pingat emas bagi acara Tarik Tali, Sepak Takraw, Ping Pong, Karom, Futsal, Tenpin Boling, Bola Tampar, Bola Sepak dan Bola Jaring; satu (1) pingat perak bagi acara Badminton serta dua (2) pingat gangsa bagi acara Petanque dan Dart. DBKK turut mengambil bahagian dalam acara Catur, Golf dan e-Sport.

    Kejayaan yang dicapai ini tidak hanya diukur menerusi pungutan pingat, tetapi juga dari segi semangat kesukanan, disiplin dan kerjasama berpasukan yang telah ditunjukkan. Syabas dan tahniah kepada semua atlet DBKK!

    “Strong Then, Unstoppable Now”

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK