Skip to main content

Berita: PROGRAM INTERAKSI & INSPIRASI BERSAMA MAJLIS KANAK-KANAK DBKK

  • -

    05 NOVEMBER 2025: Program Interaksi & Inspirasi Bersama Majlis Kanak-Kanak Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (MKK-DBKK) anjuran Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK telah berlangsung di Galeri Double Six, pada 01 November 2025.

    Penganjuran program ini bertujuan untuk memperkenalkan barisan Ahli MKK-DBKK yang telah terpilih, sekali gus memberi penerangan lanjut mengenai peranan, tanggungjawab dan aktiviti yang akan dijalankan sepanjang tempoh pelantikan.

    Antara aktiviti-aktiviti yang berlangsung sepanjang program ialah ‘Ice Breaking’ dan Dinamika Kumpulan, Sesi Perkongsian Motivasi, Perbincangan Meja Bulat serta Sesi Refleksi. Sesi ceramah telah disampaikan oleh Encik Norhasdi bin Hassaan, Accredited Trainer & Training Provider, HRD Corp.

    Hadir semasa Majlis Penutupan dan Penyampaian Sijil ialah, Dr. Elaine Kong, wakil daripada UNICEF); Puan Dygku Selha Pengiran Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Gender Majlis Penasihat Wanita Sabah dan Puan Hajah Fauziahton binti Ag. Samad, Pengarah Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK