Skip to main content

Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 9/2025

  • -

    13 NOVEMBER 2025: Bagi menggalakkan penglibatan komuniti dalam program-program pelancongan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat telah menganjurkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 9/2025, di KK Sentral, pada 08 November 2025.

    Para pengunjung yang hadir tidak melepaskan peluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti interaktif dan pertandingan yang diadakan bermula 7 pagi hingga 5 petang ini.

    Tirai program dibuka dengan acara KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride melibatkan seramai 27 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa daripada UNITAR Sabah dan Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).

    Menerusi acara ini, peserta telah berbasikal ke tiga (3) lokasi utama di sekitar bandar raya, di mana mereka telah diberi taklimat ringas sebelum melawat ke sekitar pusat ibadah, antaranya ialah Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Sacred Heart Cathedral.

    Sementara itu, di KK Sentral, pembukaan reruai daripada pelbagai agensi dan jabatan turut menjadi tumpuan ramai, antaranya ialah Persatuan Seni Jahitan Kreatif Malaysia, Travers & Tour, Kraftangan Malaysia, Balai Seni Lukis, Darau Wetland, Desa Cinta Kobuni, DBKK Holdings Sdn. Bhd., serta jabatan-jabatan DBKK, iaitu Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya.

    Bagi memeriahkan lagi suasana di sekitar acara, pelbagai pertandingan telah diadakan yang menyaksikan peserta berentap untuk mendapatkan gelaran juara. Berikut adalah senarai penuh pemenang mengikut kategori yang dipertandingkan:

    PERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA

    i) Kategori 7-17 tahun ke bawah

    Johan : Charlize Arrana Oh
    Naib Johan : Yeong Tian Xin
    Ketiga : Shahreeza Shazrey Bin Rosli
    Saguhati : Muammad Faris B. Maslan

    PERTANDINGAN SAHIBBAH (TERBUKA)

    Johan : Shazleeyatie Rosli
    Naib Johan : Jamilah Naim
    Ketiga : Muhammad Nur Faris B. Maslan
    Saguhati :Muhammad Nur Muazzam B. Maslan

    PERTANDINGAN MINI SUKANEKA TRADISI (BERKUMPULAN)

    Johan : Triple S
    Naib Johan : Beliung
    Ketiga : Taufan
    Saguhati : SCF

    Sebelum program melabuhkan tirainya, para hadirin sempat mendengar taklimat berkaitan kempen-kempen di bawah seliaan DBKK, yang disampaikan oleh wakil-wakil daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK.

    Semoga penganjuran program ini dapat mencapai objektifnya dalam memupuk semangat kerjasama komuniti serta memperkukuh penglibatan masyarakat dalam menjadikan Kota Kinabalu sebagai bandaraya yang lestari.

    Jumpa anda di siri Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ yang seterusnya!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK