Skip to main content

Berita: PROGRAM JOM KENALI GALERI DOUBLE SIX SIRI 3

  • -

    24 NOVEMBER 2025: Sebagai salah satu pengisian bermanfaat di hujung minggu, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa telah menganjurkan Program Jom Kenali Galeri Double Six Siri 3, pada 22 November 2025.

    Program yang berlangsung di Galeri Double Six ini telah disertai oleh seramai 15 orang peserta berumur 7 hingga 17 tahun yang juga merupakan ahli berdaftar Sabah Smart City Friends (SCF).

    Tujuan utama penganjuran program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran berkaitan galeri dan fungsinya, selain memahami nilai sejarah dan peristiwa tragedi 06 Jun 1976.

    Sepanjang program ini, pelbagai pengisian bersifat edukatif telah dilaksanakan, antaranya ialah Treasure Hunt, Word Search, Pindah Bola Ping Pong dan Pertandingan Kapal Kertas.

    Bagi memastikan objektif program tercapai, Program Jom Kenali Galeri Double Six akan terus dianjurkan setiap bulan. Jumpa anda pada siri seterusnya!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK